Wednesday, May 13, 2009

Bonda's Day Contest @ SaraKids

Sempena hari Ibu, SaraKids ader organize essay contest. Ada 2 tajuk yang diberi and saya pilih tajuk' Pengalaman saya menjadi Ibu'. Below adalah essay yang saya submit. Kalu menang Alhamdulillah. Tak menang takper sbb seronok bler ingat blk experience 1st time jd mummy ni. For more info on the contest, please click below banner for details.



Pengalaman saya menjadi Ibu.. Tajuk essei sempena Hari Ibu yang dianjurkan oleh SaraKids.. Sesungguhnya ia merupakan pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.

Tanggal 26 Mei 2007, aku melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatiku. Mujahid namanya. Selepas sebulan berkawin, aku disahkan hamil setelah lewat seminggu kedatangan haid. Suami adalah orang yang paling gembira setelah mendengar berita tentang kehamilanku.

Sepanjang kehamilan, aku tidak sekali pun mengalami alahan atau mengidam makanan yang pelik dan di akhir kehamilan berat badanku telah naik sebanyak 17kg.

Aku dijangka bersalin 26 Feb 08, tetapi yang sebaliknya telah berlaku. Malam 7 Feb 08 air ketubanku pecah. Suami menjadi panik dan aku pula kehairanan. 'Air aper pulak ni, xkan la aku kencing dalam seluar'..'Tue air ketuban huda la, huda dh nak beranak ni' suamiku panik. Kebetulan ibu mertuaku berada di Jakarta dan kakakku pulang ke kampung bercuti.

Terus suamiku membawaku ke hospital berdekatan. Bukaan servik ku adalah 4cm pada pukul 11mlm dan tidak berubah-ubah hingga pukul 12tengahari dimana aku terus dibawa ke bilik bersalin. Sepanjang 12 jam di dalam wad, aku mengalami kesakitan yang teramat dan hanya mampu menangis untuk mengurang kesakitan. Aku tidak dapat tidur dan sempat aku berbalas SMS dengan rakan ofis menyatakan yang aku sudah berada di hospital untuk bersalin. Suami pula tidak boleh menemaniku kerana polisi hospital tidak membenarkan. Dia setia menungguku di ruang legar hospital.Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mataku sehingga lah jam 8pagi apabila suamiku datang melawatku. Alhamdulillah syukur rasa dapat melihat wajah suamiku biar pun perasaan sakit ku semakin menjadi-jadi. Suami menyuruh aku bersabar.

Sewaktu hidangan makan tengahari ku sampai,doctor bertugas melihat mukaku yang pucat terus memeriksa bukaan servik ku. Rupanya bukaan serviks ku adalah 8cm dan aku boleh bersalin bila-bila masa sahaja. Nurse dan doctor menjadi panik apatah lagi aku kerana semua terlalu pantas. Semalam aku berseronok di Sunway Pyramid dan hari ni aku mengalami kesakitan untuk bersalin. Tidak pernahku ku bayangkan rupakan sakit untuk bersalin adalah begitu perit. Beginikah kesakitan yang Mama alami sewaktu melahirkan aku. Mungkin tidak seperitku namun teringat cerita Mama kepadaku; yang Mama hampir melahirkan aku secara Ceaserean, namun Alhamdulillah aku lahir secara normal dan aku juga berharap bayi ku lahir secara normal.

Di bilik bersalin, nurse menunjuk cara pernafasan dan yang paling penting jangan panik nasihatnya. Apabila bukaakku 10cm, doctor menyuruh aku meneran namun disebabkan aku tidak bertenaga kerana tidak sempat lunch bercampur panik dan terlalu bergantung kepada antedote, aku hampir pitam. Apabila aku memberitahu yang pandanganku kabur, setiap orang di dalam bilik bersalin kelihatan 'double'. Masing-masing menjadi panik;nurse, doctor dan juga suamiku. Entah dari mana datangnya kekuatanku, akhirnya aku meneran dan bayiku selamat dilahirkan secara normal. Alhamdulillah 8 Feb 08,Amirul Arshad seberat 2.95kg lahir dengan selamat,sihat dan cukup sifatnya. Aku juga terus memberi susu badan kepada Amirul kerana ku tahu, kolestrum di dalam susu ku adalah yang terbaik buat Amirul. Kolestrum yang berwarna kuning pekat hanya selama 3hari dan susuku bertukar berwarana putih.

Maka bermula lah episod baru di dalam hidupku. Hari pertama berada dihospital, aku yang tidak pandai untuk menyusukan Amirul dan tidak pandai menukar diaper, menjadikan semua kelihatan kekok dan susah. Bila ku minta pertolongan nurse untuk menunjuk cara menukar diaper, aku pula ditengking nya kerana tidak tahu. Marah rasanya hati. ‘Marah bukan jalan penyelesaiannya.Kuatkan hati' bisik hatiku.

Sehari berada di rumah mertuaku, pembantu rumah behenti, kerana sangkanya dia terpaksa menjaga Amirul. Hari ke-2, Amirul disah juandis. Sekali lagi aku terpaksa ke hospital untuk Amirul mendapat rawatan. Sedih rasanya hati apabila melihat tubuh kecik Amirul dibiarkan tanpa baju hanya berdiaper dan bertutup mata. Penat bersalin belum lagi hilang kini terpaksa pula bersekam mata menjaga Amirul di hopsital kerana suami tidak dibenarkan tinggal dihospital. Teringat aku sewaktu aku demam campak, Mama bersekam mata manjagaku dan sambil tersengguk-sengguk meletak ubat di tempat yang gatal. Alangkah terharunya rasa hati. 3 hari di hospital, aku berpeluang belajar cara untuk menyusu badan secara betul dari nurse. Putingku juga pedih dan pernah berdarah, alangkah susahnya menjadi ibu detik hatiku. Mungkin mama tidak mengalami kesakitan ku ini, kerana aku adalah anak ke-3; hatiku berdetik.

Information dan brochure yang diberi oleh nurse sungguh berguna terutama aku yang sememangnya tidak berpengalaman ini. Antara sebab kenapa putingku pedih dan berdarah adalah disebabkan teknik penyusuan yang salah. Aku sepatutnya memastikan mulut Amirul terbuka luas dan bibirnya merangkumi bahagian aerola (bukannya terlipat ke bahagian dalam) dan putingku sepatutnya berada di bahagian lembut rahang atas mulut Amirul dan bukannya bahagian keras. Aku juga dinasihatkan supaya meminum susu dan memakan makananberkhasiat supaya susu yang diminum oleh Amirul penuh berkhasiat.

Sepanjang tempoh berpantang,susuku manjadi santapan Amirul.Alangkah bahagianya kerana dapat memberi yang terbaik untuk Amirul. Namun selepas tempoh pantang, akhirnya aku terpaksa kembali ke ofis dan Amirul diberi susu formula. Amirul hanya minum susu ku sewaktu dirumah. Bukan aku tidak memerah susu, namun keinginan Amirul untuk meminum terus dari ku menyebabkan susu yang diperah menjadi sia-sia. Selama 5 bulan aku menyusu Amirul dan akhirnya susuku kering disebabkan kurang permintaan dari Amirul. Amirul lebih gemar untuk minum susu dari botol kerana tidak perlu bekerja keras untuk menghisap. Tidak kira di tempat umum atau dimana sahaja, selagi aku berada disisi Amirul, susu ku akan menjadi makanan utama Amirul. Di LCCT, foodcourt, kedai perabut tanpa segan silu aku menyusu Amirul.

4 bulan kemudian, bahagian jahitan perineum ku sakit. Kadang-kadang ader kesan darah. Aku menjadi takut dan akhirnya aku telah menjalani rawatan di hospital walaupun perasaan malu menebal.Suami tetap menyokong segala keputusanku. Hasil dari pemeriksaan doktor begitu mengejutkan aku dan suami. Rupanya jahitan perineum ku ada masalah dan doktor mengesyorkan supaya aku melakukan pembedahan untuk membetulkan jahitanku.Tiba-tiba aku teringat sewaktu didalam kekaburan, aku terdengar nurse menyatakan dia tersalah jahit. Terdiam aku pada ketika itu dan terus setuju.Aduhai nasibku, adakah aku bernasib malang atau bernasib baik kerana diuji oleh Allah. Aku pasrah mungkin ini adalah takdirku.

Walaupun hanya 5bulan, tetapi ikatan yang terbentuk antara aku dan Amirul begitu kuat. Tidurnya hanya denganku walaupun suami yang mendodoinya tidur. Walaupun dimarahiku, tetap Amirul datang mencium dan memelukku tanda meminta maaf. Aku juga kini menjadi bantal peluk Amirul manakala tanganku pula menjadi bantalnya. Dikala aku penat dan stress disebabkan kerja di ofis, penat melakukan kerja rumah, penat melayan kerenah Amirul, namun semua itu hilang sekelip mata dek senyuman Amirul. Kini Amirul sudah berusia 15bulan, namun aku tetap merindui saat pertama kelahirannya dan sesungguhnya aku menghargai setiap detik bersama Amirul.


Setelah menjadi ibu,kini aku paham marahnya Mama kerana sayang kepadaku. Kasih sayang Mama tidak terbalas oleh ku, dan aku berdoa semoga Mama sentiasa sihat dan bahagia.


4 comments:

  1. wah..terharunya baca entry ni.. bestnyer jadi mama..nak jadi jugak!!hihi..doakan kami yer

    -nurul sabri-

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..

    menarik la kisah huda ni... sy harap awk akan berazam utk fully BF next bb setelah kegagalan yg pertama... pengalaman bnyk mengajar kite menjadi lebih baik kan?
    gud luck for the contest!

    ReplyDelete
  3. thanks.. doakan huda berjaya..

    mmg berharap sgt dpt fully BF, sbb benefit dier mmg teramat bgus. skrang tgh practice Cloth diaper..

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan,,,jemput ke http://hannakids.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

About Blog

Dear Readers, welcome to my personal blog. This blog is about the story of my little family and its members. You can find my posts are mostly about parenting and family matters. Some of my posts are not concerning parenthood at all like cooking and shopping because I would like some diversify in my parenthood blog. Sharing information to my fellow friends and loyal reader is the main reason to build this parenthood blog.

Parenting is not something we have to keep it to ourselves, but to share.

Subscribe Full RSS Here

KambingBujang

My name is kambingbujang. I am 27-year old mum with Amirul beside me. Now I'm carrying around his future younger brother/sister in my tummy.

Feel free to be my friend on facebook. (thank you, I know I'm cute). Follow me on my birdie twitter. If you're in a mood of writing email to me, shoot it via kambing.huda@gmail.com.



  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP